1. Makanlah makanan yang halal dari segi syarakdan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2. Amalkan memulai makanan dengan membaca "Bismillah" dan diakhiri dengan " Alhamdulillah ".
3. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan / minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu tidak digalakkan.
4. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak melakukan kerja berat. pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
5. Biasakan makan makanan / minuman berasaskan kekacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbbaik untuk kecerdasan minda.
6. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
7. Kurangkan minuman manis , mengandungi kafein dan gas.
8. Elakkan makan makanan yang mengandungi bahan perasa, bahan pengawet dan bahan pewarna.
9. Amalkan minum jus buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain- lain pada awal pagi.
10. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
11. kurang makan makanan berminyak (goreng ), berlemak dan berkolestrol.
12. biasakan rehat dari makan ( puasa isnin dan khamis ) bagi menyihatkan perut.
PENJAGAAN KESIHATAN ADALAH AMAT PENTING KERANA DUNIA KINI BANYAK TERDEDAH DENGAN PELBAGAI ANCAMAN PENYAKIT DAN MASALAH KESIHATAN. PUNCA UTAMA BERLAKUNYA PENYAKIT ADALAH DISEBABKAN OLEH GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT SERTA AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG. OLEH ITU, KITA HENDAKLAH SELALU PEKA DAN MENGAMBIL BERAT TENTANG PEMAKANAN KITA SEHARIAN SERTA MELAKUKAN SENAMAN UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP..



No comments:
Post a Comment